info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Hari Inovasi 2016 Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah

Sambutan Hari Inovasi sangat signifikan di kebanyakan jabatan kerajaan khasnya agensi-agensi di bawah MOSTI. Selaras dengan Arahan Pekeliling MAMPU yang dikeluarkan pada 29 Januari 2010, pelbagai usaha telah dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia dalam menyokong usaha kerajaan dalam membudayakan inovasi dalam perkhidmatan awam termasuk mengadakan Hari Inovasi.

Pada 30 November 2016, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah telah menganjurkan Hari Inovasi 2016. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah, Pn. Marhayani binti Md. Saad. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menggarap kreativiti dan membudayakan inovasi di kalangan kakitangan Kimia Kedah sempena sambutan ini. Antaranya ialah ceramah oleh MAKNA dan persembahan projek KIK oleh pasukan KIK Kedah. Projek KIK yang telah dibentangkan ialah projek tahun 2015 yang bertajuk “Safety Shower Inspection System (SSIS)” dan projek tahun 2016 iaitu “Oil & Grease Shaker : No More Pain”. Tujuan projek ini dipersembahkan adalah untuk memberi galakan kepada kakitangan untuk menggunakan hasil inovasi tersebut dalam tugas-tugas yang berkaitan.

Pada sebelah petang, aktiviti diteruskan dengan Pertandingan Inovasi Kimia Kedah, di mana pertandingan diadakan di antara bahagian iaitu Forensik, SGKAS dan KPSM. Pertandingan ini diadakan bagi membina daya kreativiti dikalangan kakitangan selain mengukuhkan hubungan kerjasama antara ahli kumpulan. Ia juga menyediakan platform kepada kakitangan untuk mempersembahkan inovasi yang telah dibuat di Jabatan Kimia Kedah samada dari segi teknikal atau pengurusan. Penilaian telah dibuat oleh juri-juri yang dilantik oleh JK Pengelola. Program Hari Inovasi 2016 ini telah diakhiri dengan ucapan penutup oleh Pengarah, penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Inovasi dan penyerahan sijil-sijil penghargaan kepada kakitangan terlibat termasuk sijil kepada kakitangan yang telah berkhidmat selama 25 tahun.

Secara keseluruhannya, program Hari Inovasi ini telah berjaya menarik minat dan penyertaan semua warga Kimia Kedah. Reaksi yang positif  telah dipamerkan oleh kakitangan sepanjang aktiviti berkumpulan dijalankan dan semua kakitangan amat berpuas hati dengan penganjuran Hari Inovasi kali ini. Diharap hasil idea kreatif dan inovatif yang dijana sepanjang sambutan Hari Inovasi bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti kakitangan malah dapat memberi impak kepada jabatan keseluruhannya.

Ucapan Perasmian Hari Inovasi

Ceramah oleh MAKNA

Persembahan Projek KIK 2015 : “Safety Shower Inspection System (SSIS)”

Persembahan Projek KIK 2016 : “Oil & Grease Shaker : No More Pain”

Sesi Perbincangan Pertandingan Inovasi

Sesi Pembentangan Pertandingan Inovasi

Sesi Penyampaian Hadiah Pertandingan Inovasi

Barisan Jawatankuasa Pengelola

Kemaskini: Disember 15, 2016 pada 3:07 pm