info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Dialog Pejabat Pendakwaan Negeri Terengganu Dan Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Terengganu

Kuala Terengganu – Pada 30/03/2016, jam 1430 Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Terengganu telah mengadakan satu sesi dialog dengan Timbalan Pendakwa Raya dari Pejabat Pendakwaan Negeri Terengganu. Wakil daripada Pejabat Pendakwaan Negeri Terengganu adalah seramai 8 orang dan diketuai oleh Puan Nazlyza binti Mohd Nazri. Sementara itu, pegawai daripada Jabatan Kimia Malaysia adalah seramai 19 orang dan diketuai oleh Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, CawanganTerengganu, En. Mazlan bin Yusof yang juga bertindak sebagai pengerusi bagi dialog ini.  Tujuan dialog ini diadakan adalah untuk perkongsian maklumat daripada kedua-dua pihak bagi menambahkan pengetahuan bersama di dalam bidang masing-masing. Di samping itu, dialog ini juga bertujuan untuk menyelesaikan beberapa perkara berbangkit dikedua-dua pihak bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan proses kerja pada masa hadapan.

Timbalan Pendakwa Raya telah tiba di Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Terengganu pada pukul 1430 petang dan telah disambut oleh pegawai perhubungan Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Terengganu En. Ridzuan Abd. Aziz bin Mohd Yusop. Taklimat ringkas mengenai keselamatan telah diberikan oleh Pn. Li Hui Ling (Pengurus OSH). Seterusnya peserta telah diberikan taklimat mengenai Jabatan Kimia Malaysia dan bidang analisis yang ditawarkan disamping perkongsian pengalaman oleh Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, En. Mazlan bin Yusof. Selepas itu, sesi dialog ini di teruskan dengan sesi perbincangan diantara kedua-dua pihak.

Setelah selesai sesi dialog diantara kedua-dua pihak dan kata sepakat berkaitan beberapa isu berbangkit telah diperolehi, sesi ini diakhiri dengan majlis penutup dan sesi bergambar. Sesi dialog ini telah memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dan maklumbalas daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya adalah positif dan mengharapkan agar pihak Jabatan Kimia Malaysia dan Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Terengganu boleh bekerjasama di masa akan datang

 

Sesi dialog di antara Timbalan Pendakwa Raya negeri Terengganu dan Pegawai Sains Jabatan Kimia Malaysia Terengganu di bilik Alamanda

Sesi bergambar di antara Timbalan Pendakwa Raya negeri Terengganu dan Pegawai Sains Jabatan Kimia Malaysia Terengganu di bilik Alamanda

 

 

Kemaskini: April 13, 2016 pada 8:53 am