info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

CSR Jabatan Kimia Cawangan Sibu di SMK Sibu Jaya, Sarawak

Pada 24 Ogos 2016 (Rabu) JKMC Sibu telah membuat kunjungan rasmi ke SMK Sibu Jaya bagi tujuan Corporate Social Responsibility (CSR) dengan tema “Sehari bersama Kimia Sibu”. Buat julung kali sejak 12 tahun penubuhan SMK Sibu Jaya, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu menjadi jabatan pertama yang membuat pameran dan program CSR disana. Aktiviti yang diadakan adalah pameran statik dan interaktif , 4 sesi ceramah, kuiz individu dan kuiz berkumpulan yang melibatkan pelajar pelajar Tingkatan 1 hingga 6 SMK Sibu Jaya. Pameran dan aktiviti kuiz adalah bertujuan untuk mencapai objektif yang khusus seperti berikut:

  • Mendedahkan pelajar dan Guru tentang peranan Jabatan Kimia Malaysia kepada masyarakat disamping mendedahkan kepada mereka perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Kimia Malaysia.
  • Mendedahkan pelajar tentang sains secara umumnya dan kimia secara khususnya dikalangan pelajar Menengah rendah disamping memupuk minat kepada sains dikalangan pelajar.
  • Menambah pengetahuan guru dan pelajar berkaitan analisis – analisis rutin di Makmal Jabatan Kimia Malaysia Cawangan sibu.
  • Memberi penerangan pada para pelajar dan guru dengan lebih dekat bagaimana proses kerja dan peralatan – peralatan yang ada di Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu berfungsi.
    Memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba sendiri menjalankan analisis kimia yang ringkas.

Manakala 4 sesi ceramah yang terlibat adalah bertujuan untuk:-

  • Mendedahkan pelajar tentang kerjaya dalam bidang Sains dan Kimia.
  • Mendedahkan pelajar berkaitan keselamatan dan Kualiti makanan dan bahaya dadah.
  • Mendedahkan pelajar keselamatan pengendalian bahan kimia.

Program CSR telah berlangsung selama satu hari dari 8.00 pagi hingga ke 5.00 petang. Program pameran, kuiz dan ceramah dimulakan serentak pada sesi pagi. Sesi ceramah dimulakan dengan memperkenalkan Jabatan Kimia Malaysia dan juga perkhidmatan yang diberikan oleh JKMC Sibu oleh Ketua Bahagian SGKAS Cik Rusyidah Binti Abdul Rahim. Beliau juga seterusnya memberi ceramah berkenaan “Kerjaya dalam bidang Sains dan Kimia” .Bagi memberikan kesan yang lebih kepada para pelajar,satu sesi bersama bekas pelajar SMK Sibu Jaya Cik Nur Azreen turut diselitkan. Sesi ceramah diteruskan selepas waktu rehat pelajar oleh Cik Rusyidah Binti Abdul Rahim berkenaa “ Keselamatan Kualiti Makanan” . Kemudian sesi ceramah diteruskan den” gan ceramah bertajuk “Bahaya Dadah” oleh En Hasrul dan sesi ceramah terakhir oleh En. Mohd Yaman berkenaan Keselamatan Pengendalian Bahan Kimia”.

Sesi ceramah berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan sesi penyerahan cenderahati diantara wakil JKMC Sibu dengan guru SMK Sibu Jaya dan diikuti dengan bergambar bersama para pelajar dan Guru bersama dengan Staff JKMC Sibu. Pada sesi petang, pameran diteruskan , satu kuiz berkumpulan telah diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan menyemai semangat kerjasama disamping memeriahkan suasana yang melibatkan 25 orang pelajar Tingkatan 6. Program CSR berakhir jam 5.00 petang dengan sesi bergambar. Secara keseluruhan, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pelajar dan guru SMK Sibu Jaya dimana seramai 488 orang pelajar telah mengunjungi booth pameran, 106 pelajar mengikuti sesi ceramah dan 180 orang menyertai kuiz individu.

CSR JKM Sibu 1

Antara aktiviti-aktiviti sepanjang program CSR di SMK Sibu Jaya oleh kakitangan JKMC Sibu dan pelajar praktikal

CSR JKM Sibu 2

Para petugas yang bertungkus lumus bagi merealisasikan program CSR di SMK Sibu Jaya Berjaya

Kemaskini: September 21, 2016 pada 8:50 am