info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Bengkel Pelupusan Rekod Fungsian

Bengkel Pelupusan Rekod Fungsian telah berlangsung pada 21 hingga 22 September 2016 2016 bertempat di Ibu Pejabat, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya. Seramai 29 orang peserta di kalangan Pengarah Bahagian, Ketua Seksyen dan Pegawai/Kakitangan terdiri dari Gred 19 hingga Jusa C yang terlibat secara langsung dengan pengurusan pelupusan fail dari setiap bahagian di Ibu Pejabat telah menghadiri kursus tersebut.

Kaedah pelupusan rekod melalui Jadual Pelupusan Rekod (JPR) telah dikenalpasti sebagai satu kaedah yang paling mudah, cepat dan berkesan dalam melaksanakan pelupusan rekod awam. Dengan adanya JPR kelulusan pemusnahan atau pemindahan rekod dapat diperolehi dengan cepat iaitu dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja berbanding piagam pelanggan yang boleh mencecah sehingga enam (6) bulan.

Tindakan ini akan mengelakkan timbunan rekod-rekod tidak bernilai kekal, menjimatkan ruang, menjimatkan kos penyimpanan dan penyelenggaraan, penggunaan peralatan pejabat dan tenaga kerja secara efisien serta memudahkan rujukan ke atas rekod-rekod aktif dan tidak aktif di pejabat awam.

Foto sepanjang program:

fungsian 1

Peserta Bersama Penceramah Bengkel Pelupusan Rekod Fungsian

fungsian 2

Kemaskini: September 27, 2016 pada 4:34 pm