info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Bengkel Pengurusan Sumber Manusia 24 Hingga 26 September 2014

Pada 24 hingga 26 September 2014, Unit Kompetensi, Pusat Latihan Kimia Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Sumber Manusia di Pusat Angkasa Negara, Sungai Lang, Banting, Selangor. Bengkel ini telah dihadiri 25 orang pegawai dari Ibu Pejabat dan Cawangan Jabatan Kimia Malaysia dari gred N17 hingga N32 yang terlibat secara langsung dalam pengurusan sumber manusia

Program Jelajah Ikon Saintis, Peringkat Negeri Melaka 2014 image1

Objektif bengkel ini adalah untuk memahami dengan lebih terperinci kemudahan dalam perkhidmatan awam; Perintah Am Bab A : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Lantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan), Perintah Am Bab B : Elaun (semua jenis elaun), Perintah Am Bab C : Cuti (semua jenis cuti) dan Perintah Am Bab G : Waktu Bekerja Lebih Masa; untuk menyeragamkan tatacara penulisan dan penyelenggaraan Buku Rekod Perkhidmatan di Ibu Pejabat dan Cawangan; untuk memberi pengetahuan mengenai peraturan, prosedur dan sistem kerja yang perlu diamalkan oleh pengurus sumber manusia; untuk memberi peluang kepada semua pengurus sumber manusia di Ibu Pejabat dan Cawangan untuk berkongsi pendapat dan bertukar-tukar pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan pengurusan sumber manusia; dan untuk membentuk jaringan (networking) di kalangan semua pengurus sumber manusia di Ibu Pejabat dan setiap Cawangan Jabatan Kimia Malaysia

Penceramah bengkel adalah pegawai pesara dari INTAN, Puan Che Su binti Hashim dan juga Cik Norasyikin binti Shaikh Ibrahim dari Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Kimia Malaysia. Penceramah yang dijemput adalah penceramah yang  telah dikenal pasti mempunyai kepakaran berhubung modul yang telah direkabentuk bagi mencapai objektif bengkel yang telah ditetapkan.

Program Jelajah Ikon Saintis, Peringkat Negeri Melaka 2014 image1

 

Para peserta telah mengikuti sesi ceramah dan latih amal berdasarkan modul yang telah direkabentuk bagi mencapai objektif kursus yang telah ditetapkan. Di penghujung kursus, didapati peserta telah memahami dengan lebih terperinci kemudahan-kemudahan dalam perkhidmatan awam. Penyeragaman tatacara penulisan dan penyelenggaraan Buku Rekod Perkhidmatan juga dapat dicapai diantara peserta dari Ibu Pejabat dan Cawangan. Bengkel ini amat berguna terutama kepada peserta dari Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Negeri, Sabah dan Sarawak kerana peserta dapat berbincang dan bertukar fikiran berhubung isu di IbuPejabat dan Cawangan masing-masing.

Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh penceramah bengkel, Puan Che Su binti Hashim pegawai pesara dari INTAN.

Program Jelajah Ikon Saintis, Peringkat Negeri Melaka 2014 image1

 

 

Kemaskini: November 6, 2014 pada 7:29 am