info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Bengkel Pengukuhan Dan Penyelarasan Urusan Perkhidmatan 1 Hingga 3 Ogos 2017 Ibu Pejabat, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya

Bengkel Pengukuhan dan Penyelarasan Urusan Perkhidmatan telah berlangsung pada 1 hingga 3 Ogos 2017 bertempat di Ibu Pejabat, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya. Seramai 29 orang peserta di kalangan Kumpulan Pelaksana pada Gred N22 hingga N32 yang berkhidmat di Unit Sumber Manusia Ibu Pejabat dan Cawangan. Majlis perasmian pembukaan dan penutup bagi penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Kimia Malaysia.

Bengkel ini diadakan berikutan pelbagai masalah yang timbul dikalangan pegawai yang memproses dan terlibat secara langsung dengan perkhidmatan pegawai-pegawai dibawah Jabatan Kimia Malaysia. Kepentingan bengkel ini dipandang serius bagi mengelakkan masalah-masalah yang mungkin, boleh dan bakal timbul berikutan kekurangan pengetahuan dalam menjalankan tugas.

Pelaksanaan bengkel telah dapat mencapai objektif yang disenaraikan iaitu untuk mengukuhkan dan mengemaskini pengetahuan dikalangan pegawai dalam melaksanakan tugas seharian yang semakin mencabar dan sentiasa diubah suai oleh pihak Pembuat Dasar. Hasil daripada perbincangan dan bertukar pendapat di antara peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran supaya ia seiring dengan perubahan yang dibawa oleh pihak Kerajaan dan Jabatan.

Kemaskini: Ogos 14, 2017 pada 11:53 am

Tags: