info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Bengkel Pengharmonian Kaedah Analisis Racun Terkawal (Toksikologi) Tahun 2016

Pada 10 hingga 13 Oktober 2016, Pusat Latihan Kimia Malaysia bersama-sama dengan Seksyen Toksikologi, Bahagian Forensik, Ibu Pejabat telah menganjurkan Bengkel Pengharmonian Kaedah Analisis Racun Terkawal (Toksikologi). Bengkel ini telah dihadiri oleh 23 orang peserta dari Ibu Pejabat dan Cawangan Jabatan Kimia Malaysia dari gred C41 hingga C52.

Majlis perasmian bengkel telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kimia Malaysia, YBhg. Datuk Haji Ismail bin Talib dengan diiringi oleh YBrs. Dr Silverraji a/l Samiveloo, Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Melaka

Bengkel ini merupakan salah satu tindakan proaktif yang diambil oleh Seksyen Toksikologi, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia untuk membincangkan dan menyelesaikan permasalahan yang wujud didalam menjalankan Analisis Racun Terkawal di Makmal Toksikologi seluruh Malaysia. Ini adalah antara langkah-langkah strategik yang diambil oleh Jabatan untuk meningkatkan keupayaan makmal dan pengetahuan pegawai dalam bidang Analisis Racun Terkawal.

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan penyediaan sampel yang sistematik dan betul serta memperkukuhkan pengetahuan peserta berkaitan aspek pemilihan kaedah analisis yang tepat. Selain itu, bengkel ini dapat mempertingkatkan pengetahuan dan pemahaman peserta dalam interpretasi data dan melatih peserta untuk menulis laporan kimia dengan menggunakan format yang betul. Di samping itu, bengkel ini dapat memenuhi salah satu keperluan latihan dibawah sistem kualiti American Society Crime Laboratory Directors/Laboratory Accreditataion (ACSLD/LAB International).

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil kepada para peserta oleh YBrs. Puan Rosnah binti Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), diiringi oleh YBrs. Dr Cornelia Charito Siricord, Pengarah Forensik dan Tuan Haji Khairul Hadi bin Abd. Raof, Ketua Seksyen Toksikologi.

Kemaskini: Oktober 17, 2016 pada 2:30 pm

Tags: