info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Bengkel Pemurnian Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat MS ISO/IEC 27001:2013 ISMS

Banting – Pada 10 hingga 12 Mei yang lalu, telah diadakan Bengkel Pemurnian Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat MS ISO/IEC 27001:2013 Information Security Management System (ISMS) bertempat di Hotel Impian Morib, Banting , Selangor.  Bengkel tersebut telah disertai oleh  Timbalan Ketua Pengarah Operasi merangkap Ketua Pegawai Maklumat Jabatan (CIO), Puan Hajah Hasnah binti Hussin, Pengarah Bahagian PMT, Puan Rusnah binti Rohani serta 31 orang pegawai kanan dari Ibu Pejabat dan Makmal Cawangan.

Objektif bengkel ini adalah untuk berbincang serta menjana perkongsian idea dalam  mengemaskini dokumen-dokumen pensijilan MS ISO IEC 27001:2013 Information Security Management System (ISMS) bersesuaian dengan persekitaran Jabatan Kimia Malaysia. Bengkel selama 3 hari ini berakhir dengan sesi pembentangan oleh peserta mengikut kumpulan masing-masing.

         Para peserta dan urusetia bergambar kenang-kenangan

Aktiviti perbincangan dalam kumpulan

             Aktiviti perbincangan dalam kumpulan

Majlis penyampaian sijil kepada peserta

 

Kemaskini: Mei 15, 2017 pada 4:47 pm

Tags: