info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Seksyen Ujian Kemahiran Analisis

Ujian Kemahiran Analisis Jabatan Kimia Malaysia

Ujian Kemahiran Analisis (PT), juga dikenali sebagai Program Perbandingan Antara Makmal (ILCP), memberikan penilaian yang adil kepada makmal-makmal mengenai ketepatan dan kebolehpercayaan keputusan ujian mereka. PT boleh menentukan prestasi sesuatu makmal untuk ujian atau pengukuran tertentu dan juga boleh digunakan untuk memantau prestasi makmal secara berterusan.

Pembekal Ujian Kemahiran Analisis Jabatan Kimia Malaysia (JKM PTP) telah membekalkan PT di Malaysia semenjak 2006. JKM PTP telah dianugerahkan akreditasi MS ISO/IEC 17043:2010 Malaysia Proficiency Testing Provider (MyPTP) pada 10 Oktober 2017 oleh Jabatan Standard Malaysia. JKM PTP menyediakan lebih daripada 30 skim di dalam 11 bidang analisis iaitu, Narkotik, DNA, Toksikologi, Kriminalistik, Pemeriksaan Dokumen, Air, Alam Sekitar, Makanan, Industri, Mikrobiologi dan Genetically Modified Organism (GMO). 

Satu lagi pencapaian JKM PTP ialah Proficiency Test Online System (PTOS), sistem atas talian dibangunkan oleh Jabatan Kimia Malaysia di mana peserta-peserta PT boleh mendaftar, menginput keputusan dan mendapatkan laporan PT. Laman web PTOS telah dilancarkan secara rasmi oleh YBhg. Datuk Haji Ismail Bin Talib pada 24 Oktober 2017.

Garispanduan PTOS

Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada pegawai-pegawai berikut:

Puan Li Hui Ling / Puan Sharifah Norfarahani Syed Nasir
Telefon: 603-79853163 / 3167 / 3168
Faksimili: 603-79853014
E-mel: lhling@kimia.gov.my/ proftest@kimia.gov.my/ proftestjkm@gmail.com

Kemaskini: Julai 11, 2018 pada 5:19 pm

Tags: ,