info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Pusat Latihan Kimia Malaysia

Pusat Latihan Kimia Malaysia (PLKM) berfungsi sebagai bahagian yang menguruskan program pembangunan sumber manusia secara menyeluruh kepada kakitangan Jabatan Kimia Malaysia. Di antara fungsi-fungsinya adalah:

Kursus Latihan Teknikal/Generik
1. Menguruskan penganjuran/penyertaan kursus berdasarkan Pelan Operasi Latihan (POL) Jabatan Kimia Malaysia:

  • Dalam Negara
  • Luar Negara

2. Pemantauan kehadiran 7 hari berkursus

 

Bertugas Rasmi Luar Negara
Menguruskan permohonan dan kelulusan Mesyuarat/Persidangan/Simposium luar Negara

 

Kursus Lepasan Ijazah
Menguruskan permohonan dan memantau pegawai yang mengikuti Kursus Lepasan Ijazah (M.Sc & Ph.D) dalam pelbagai bidang dibawah tajaan biasiswa (MOSTI & JPA).

 

Latihan Industri
Menguruskan permohonan dan menyelaras Latihan Industri bagi pelajar -pelajar dari IPTA dan IPTS sepanjang tahun.

 

Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan
1. Menguruskan dan melaksanakan peperiksaan

  • Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL).
  • Peperiksaan bagi Penolong Pegawai Sains Gred C27 dalam Percubaan.
  • Peperiksaan bagi Pembantu Makmal Gred C17 Dalam Percubaan.

 

Program Pementoran/Coaching
Menyelaras program pementoran/coaching jabatan.

 

Program Transformasi Minda
Menguruskan Program Tranformasi Minda (PTM).

Kemaskini: Mei 27, 2018 pada 2:13 pm