info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Bahagian Toksikologi

Pengenalan

Bahagian Toksikologi menawarkan perkhidmatan analisis untuk pengesanan racun bagi tujuan penguatkuasaan dalam kes-kes mediko-legal, toksikologi klinikal dan kawalan dadah farmaseutikal.

 

Analisis Toksikologi merangkumi aspek-aspek berikut:

  • Analisis alkohol dalam darah, air kencing dan vitreous humour
  • Keracunan manusia
  • Keracunan haiwan
  • Keracunan logam berat
  • Dadah merbahaya dalam bendalir badan
  • Racun berjadual

 

Fungsi dan Peranan Bahagian Toksikologi

Bahagian Toksikologi dibahagikan kepada tiga seksyen yang mengendalikan aspek-aspek analisis toksikologi yang berbeza iaitu Toksikologi Forensik, Alkohol dan Toksikologi Klinikal dan Analisis Farmaseutikal.

Fungsi Toksikologi Forensik ialah Analisis ke atas spesimen -spesimen biologikal yang dihantar oleh pihak polis untuk bahan beracun seperti pestisid, karbon monoksida dan sebagainya dalam kes kematian mengejut dan kes disyaki keracunan dan insiden lain.


Fungsi Alkohol dan Toksikologi Klinikal
ialah:-

a) Analisis alkohol dalam darah dan air kencing dalam kes memandu bawah pengaruh alkohol, kes kemalangan maut dan kes keracunan alkohol.

b) Analisis ke atas cucian perut dan spesimen biologikal yang dihantar oleh hospital untuk pengesanan dadah dan racun seperti logam, produk kegunaan harian seperti klorox, detergen dan sebagainya dalam kes cubaan membunuh diri atau kes pengambilan bahan.

Fungsi Racun Berjadual ialah analisis bahan-bahan farmaseutikal dan ubat-ubatan tradisional yang dirampas untuk menentukan kehadiran racun berjadual di bawah Akta Racun 1952.

Bayaran

Perkhidmatan analitikal juga ditawarkan kepada klinik dan hospital swasta pada kadar bayaran tidak melebihi RM300 per ujian/per sampel.

 

Garis panduan Untuk Penghantaran Spesimen Ujian

*Klik di sini untuk muat turun borang Kimia 15

 

Hubungi
Pengarah Bahagian Toksikologi
Pusat Analisis Sains Forensik
Jabatan Kimia Malaysia,

Jalan Sultan,
46661 Petaling Jaya,
Selangor.

Tel: +603-7985 3824
Faks: +603-7958 1173

 

Kemaskini: November 2, 2018 pada 9:05 am

Tags: