info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Bahagian Narkotik

Pengenalan

Bahagian Narkotik menyediakan perkhidmatan yang berikut:

  • Analisis dadah yang dirampas yang berkaitan dengan kes pemilikan dan pengedaran dadah.
  • Siasatan makmal dadah haram
  • Pemprofilan dadah

 

Fungsi dan Peranan Bahagian Narkotik

Bahagian ini terbahagi kepada tiga (3) seksyen iaitu Dadah Opiate, Dadah Sintetik dan Dadah Berasaskan Tumbuhan.

a) Seksyen Dadah Opiate

  • Analisis kes pengedaran dan pemilikan dadah melibatkan heroin, MAM, opium dan sebagainya.
  • Menyiasat makmal dadah haram.

 

b) Seksyen Dadah Sintetik

  • Analisis dadah sintetik seperti Estacy dan Methamphetamine (Syabu)
  • Menyiasat kilang dadah sintetik haram
  • Membangunkan kaedah menganalisis dadah yang baru

 

c) Seksyen Dadah Berasaskan Tumbuhan

  • Analisis canabis dan tumbuhan yang lain.

 

Fungsi Bahagian Narkotik

a) Menganalisis dan memeriksa:

  • dadah yang tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952
  • bahan kimia yang mungkin digunakan dalam pembuatan dadah haram
  • paraphernalia atau peralatan yang digunakan dalam pengambilan atau pembuatan dadah
  • barangan persendirian termasuk pakaian, ‘swab’, kuku dan sebarang kertas yang terdapat di tempat kejadian

 

b) Menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang disyaki memproses dadah haram.

 

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Pengarah Bahagian Narkotik
Pusat Analisis Sains Forrensik
Jabatan Kimia Malaysia,
Jalan Sultan,
46661 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel: 6 03 – 7985 3831
Faks: 6 03 – 7958 1173

Kemaskini: Jun 25, 2018 pada 11:16 am