info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Bahagian DNA Forensik

Bahagian DNA Forensik

Bahagian DNA Forensik menjalankan analisis ke atas barang-barang bukti biologi seperti kesan darah, kesan air mani, rambut dan sebarang bukti-bukti sampel biologi yang dijumpai di tempat kejadian kes bunuh, kematian yang mencurigakan, rogol dan sebarang jenayah berat yang lain. Bahagian ini juga menyediakan perkhidmatan ujian paterniti kepada agensi-agensi kerajaan dan individu persendirian yang memerlukan pengesahan paterniti.

 

Fungsi dan Kepakaran Bahagian DNA Forensik

Bahagian DNA Forensik terbahagi kepada beberapa seksyen iaitu:

 

Fungsi Risikan DNA ialah :

  • Pemeriksaan awal ke atas barang-barang bukti kes bunuh/rogol
  • Pengecaman kes darah, air mani dan sampel kes yang berlainan
  • Pemeriksaan ke atas sampel rambut dan kuku
  • Perbandingan tanah yang dijumpai pada pakaian dan lain-lain

 

Fungsi DNA Jenayah ialah :

  • Analisis profail DNA
  • Pengesahan teknologi pemprofilan DNA

 

Fungsi DNA Paterniti ialah :

  • Pemprofilan DNA untuk kes-kes paterniti, materniti dan penentuan ibubapa kandung
  • Pengesahan Penyelesaian masalah bayi yang dibuang, pengecaman mayat dan rangka manusia.
  • Analisis asal usul dan keturunan

 

Fungsi Databank DNA ialah :

  • Pembangunan pangkalan data profil DNA kumpulan etnik di Malaysia.
  • Pembangunan pangkalan data profil DNA penjenayah di Malaysia.

 

Hubungi

Pengarah Bahagian DNA Forensik
Pusat Analisis Sains Forensik
Jabatan Kimia Malaysia
Jalan Sultan
46661 Petaling Jaya
Selangor.
Tel: +603-7985 3842
Fax: +603-7958 1173

 

Kemaskini: Jun 25, 2018 pada 11:18 am

Tags: