info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Bahagian Kualiti Air

Objektif

  • Memberi perkhidmatan analisis dan nasihat bagi memantau dan memastikan keselamatan dan kualiti air yang dibekalkan untuk kegunaan awam dan industri.
  • Memberi perkhidmatan nasihat dan penyiasatan dalam perkara berkaitan punca air, punca air alternatif, air untuk tujuan rekreasi dan pemprosesan air.

 

Fungsi

  • Menyediakan analisis air yang komprehensif.
  • Memantau pematuhan kualiti air minum berdasarkan Piawaian Kebangsaan untuk Kualiti Air Minum di bawah Program Pengawasan Kualiti Air Minum Kebangsaan.
  • Menilai kualiti air bagi kolam takungan, sungai dan tasik sebagai punca air yang sesuai untuk dirawat.

 

Bahagian Kualiti Air terdiri daripada dua (2) Seksyen iaitu :

 

Segmen Info Kimia

Bahagian Kualiti Air, Jabatan Kimia Malaysia membantu menjalankan program analisis dan pemantauan bagi memastikan kualiti air yang dibekalkan adalah berkualiti dan menjamin kesejahteraan rakyat secara berterusan berdasarkan Standard Air Minum Kebangsaan.

Terdapat beberapa perkhidmatan analisis yang lain iaitu mengenalpasti sumber air alternatif yang selamat untuk digunapakai sekaligus menangani masalah kekurangan sumber air semulajadi seperti air bekas lombong dan air telaga.

Perkhidmatan Bahagian Kualiti Air diperluaskan lagi dalam sektor perindustrian makanan yang dieksport ke luar negara contohnya dalam pemprosesan ikan, durian dan sarang burung walit. Bahagian ini juga turut menyumbang dari segi sektor industri pelancongan iaitu dalam membekalkan air bersih dan selamat ke pusat-pusat pelancongan dan peranginan dalam negara.

Kemaskini: Jun 7, 2018 pada 11:41 am