info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Residu Racun Perosak

Penggunaan racun perosak pada tanaman merupakan satu topik yang sering diutarakan dalam isu keselamatan makanan. Ia sering diperkatakan samada oleh pihak pengguna mahupun pihak berkuasa. Secara teorinya, terdapat kemungkinan sisabaki racun perosak akan kekal pada tanaman yang disembur dengan racun perosak.

Bagi mengatasi masalah ini, pihak berkuasa telah menetapkan paras maksimum residu racun perosak yang boleh didapati dalam sesuatu tanaman segar ataupun yang telah diproses.

Analisis residu racun perosak ini melibatkan proses penyediaan sampel bagi menghasilkan ektrak yang kemudiannya dianalisis ditentukan menggunakan kromatografi gas (GC). Makmal residu racun perosak di Bahagian Kimia Makanan dilengkapi dengan pelbagai jenis kromatografi gas iaitu GC-MS, GC-NPD, GC-ECD, GC-XCD dan GC-FPD.


Bahagian Kimia Makanan menyediakan analisis meliputi sampel-sampel buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta yang telah diproses.

  • Organofosforus (OP)
  • Piretroid sintetik (SP)
  • Organochlorine (OC)
  • Karbamat

Sila klik untuk melihat senarai perkhidmatan analisis yang disediakan

 

 

Kemaskini: Mei 25, 2018 pada 12:12 pm