info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam

Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam berfungsi untuk memberikan perkhidmatan analisis dan nasihat kepada pelbagai agensi kerajaan untuk menyokong penguatkuasaan undang – undang, melindungi pendapatan kerajaan, melindungi pengguna dan memastikan keselamatan pekerja.

Terdapat tiga (3) bahagian di bawah Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam iaitu :

    • Bahagian Klasifikasi Tarif
    • Bahagian Industri
    • Bahagian Keselamatan Kimia

 

Pengenalan

Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam menyediakan perkhidmatan analisis dan khidmat nasihat bagi menyokong penguatkuasaan undang – undang serta bagi pelaksanaan program – program yang bertujuan memastikan kutipan hasil pendapatan Kerajaan yang sewajarnya, melindungi kepentingan pengguna dan memastikan keselamatan pekerja. Perkhidmatan ini dikategorikan mengikut jenis produk dan program yang meliputi:-

  • Produk perusahaan Utama – Analisis produk kelapa sawit, produk petroleum, makanan, minuman beralkohol, mineral dan produk farmaseutikal.
  • Produk industri – Analisis tekstil, produk kulit, logam dan polimer.
  • Produk Kimia dan Keselamatan Pekerja – Analisis produk industri kimia, sampel higen industri, keselamatan dan kesihatan (OSH), pelaksanaan program OSH dan pemeriksaan kapal dan tangki.

 

Memastikan Hasil Pendapatan Kerajaan

1. Klasifikasi Tarif Dagangan
Menentukan komposisi barangan bagi klasifikasi kod tarif untuk tujuan memungut cukai kerajaan. Sampel diserahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

2. Perolehan Kerajaan
Analisis sampel tender dan bekalan yang diserahkan oleh pelbagai agensi kerajaan untuk tujuan pematuhan kepada spesifikasi kontrak.

 

Melindungi Kepentingan Pengguna

1.  Penguatkuasaan Pelbagai Akta

Menentukan komposisi dan kualiti produk untuk tujuan pematuhan kepada spesifikasi yang dikuatkuasakan di bawah pelbagai Akta termasuk Akta kastam 1967, Akta Lembaga Kelapa Sawit 1998 dan Akta Perihal Dagangan 1972.

2.  Ujian Produk Halal / Haram

  • Ujian ke atas sampel -sampel seperti kulit, rambut/bulu untuk menentukan jenis haiwan.
  • Mengesahkan produk makanan yang disyaki mengandungi lemak babi.
  • Menentukan kehadiran alkohol dan minuman, produk – produk farmaseutikal, makanan dan kosmetik.

 

Memastikan Keselamatan Pekerja

1. Analisis Sampel Higen Industri
Analisis ke atas sampel – sampel yang diambil daripada persekitaran tempat kerja dab diuji bagi tujuan pematuhan kepada kehendak peraturan – peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA), 1994.

2. Pemeriksaan Kapal
Pemeriksaan kapal dan tangki bagi tujuan persijilan ‘bebas gas’ dan ‘kerja panas’ untuk memastikan kapal bebas daripada gas- gas yang mudah terbakar.

3. Klasifikasi Petroleum
Menentukan jenis dan kelas petroleum di bawah Akta Petroleum (Langkah – langkah Keselamatan), 1984 untuk tujuan pengendalian yang selamat semasa pemunggahan produk petroleum di pelabuhan dan terminal petroleum.

4. Perkhidmatan kepada sektor Swasta
Khidmat nasihat, perundingan dan perkhidmatan ujian kepada sektor swasta terutamanya industri/perusahaan kecil dan sederhana.

Kemaskini: Mei 28, 2018 pada 11:07 am