info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Bahagian Pembangunan dan Teknologi Maklumat

Bahagian ini mempertingkatkan lagi operasi dan fungsi pelbagai bahagian di Kimia Malaysia melalui pelaksanaan projek pembangunan, perolehan dan mengurus semua sistem maklumat jabatan. Aktiviti ini dilaksanakan oleh dua (2) seksyen dibawahnya iaitu :

      • Seksyen Pembangunan dan Perolehan
      • Seksyen Teknologi Maklumat

 


Seksyen Pembangunan dan Perolehan

  • Pembangunan
    • Menyelaras permohonan projek-projek pembangunan jabatan.
    • Menyediakan input teknikal kepada JKR untuk projek infrastruktur.
    • Memantau kemajuan projek-projek pembangunan.
    • Menyedikan unjuran keperluan peruntukan setiap suku tahun
    • Mentadbir peruntukan dan mengemaskini status kemajuan dan kewangan projek.
  • Perolehan
    • Menyediakan perancangan perolehan tahunan
    • Menguruskan perolehan secara tender ,sebutharga dan lain-lain.
    • Menyediakan dokumen kontrak bagi perolehan bekalan/ perkhidmatan
    • Menyelaras dan memantau penerimaan bekalan/perkhidmatan dan bayaran perolehan
    • Meluluskan pesanan mengikut peruntukan yang telah diluluskan 

Seksyen Teknologi Maklumat

  • Menyelaras keperluan Sistem Pengurusan Informasi makmal (SPIM) dan Aplikasi Pra-Pendaftaran SPIM.
  • Menguruskan penyelenggaraan  Laman Web Jabatan, Sistem Intranet, Sistem Helpdesk dan Sistem Profail Latihan.
  • Menyelenggara e-mel, rangkaian dalaman Jabatan, talian wifi dan server Jabatan (Server DNS, Server Emel, Server Antivirus dan Server Aplikasi)
  • Memberi khidmat bantuan teknikal kepada pengguna 1gfmas, Chemwatch, ePerolehan, Sistem Pengurusan SPA, Sistem Perpustakaan (vlib), Sistem HRMIS, Sistem SPWaktu, PTOS dan myGMO
  • Membantu memberikan khidmat nasihat, bantuan teknikal dan latihan kepada pegawai dan pengguna.
  • Membuat pengesahan pelupusan peralatan komputer/ICT
  • Perolehan peningkatan projek teknologi maklumat (IT)
  • Perancangan dan pemantauan keselamatan rangkaian teknologi maklumat (IT) Jabatan

Kemaskini: Mac 12, 2019 pada 3:23 pm