info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Bahagian Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia

Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Kimia Malaysia terdiri daripada empat (4) seksyen iaitu Pentadbiran, Pengurusan Sumber Manusia, Kewangan dan Pengurusan Aset dan Stor. Secara amnya, bahagian ini bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan berikut bagi menyokong aktiviti-aktiviti teras Jabatan Kimia Malaysia.

 

Perkhidmatan Korporat
Memberi khidmat perhubungan aktiviti jabatan, lawatan, persidangan, pameran dan upacara rasmi jabatan.

 

Pentadbiran Am

  • Pengurusan kenderaan.
  • Pengurusan majlis-majlis.
  • Permohonan pinjaman kenderaan, komputer, perumahan serta rumah-rumah peranginan Kerajaan.
  • Permohonan keluar negara.
  • Pengurusan Sumber Manusia- Hal-hal perjawatan (pewujudan dan pemansuhan jawatan) pengisian, peruntukan perjawatan, susun semula struktur perjawatan, pengambilan sumber manusia.
  • Pengesahan, kemasukan ke dalam jawatan berpencen, cuti, sistem Maklumat Personel (HRMIS), pengisytiharan harta, kenaikan pangkat, tatatertib, penilaian prestasi.
  • Urusan berpencen.

 

Pengurusan Kewangan

  • Menyediakan dan mengurus belanjawan tahunan jabatan.
  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan.
  • Kawalan pembayaran peruntukan jabatan.
  • Menyelia, memantau dan mengawal peruntukan dan perbelanjaan tahunan agar mencapai objektif dan impak yang ditetapkan.
  • Meningkat kompetensi dan kecekapan kakitangan jabatan dalam pengurusan kewangan menerusi latihan yang berterusan.
  • Mengurus terimaan dan pembayaran.
  • Kawalan mekanisme kawalan kewangan dan perbelanjaan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA).
  • Melaksanakan menyelaras dan memantau sistem kewangan elektronik (1gfmas dan eperolehan).

 

Perpustakaan
Khidmat perpustakaan, pembelian dan pinjaman buku.

 

Penyelenggaraan Bangunan dan Peralatan Utama
Pengurusan Bangunan Ibu Pejabat Kimia termasuk utiliti, tempat letak kenderaan, sistem kad akses dan ototime.

 

Pengurusan Aset dan Stor
Pembelian dan pelupusan aset dan stor jabatan

 

Hal-hal Keselamatan
Mengurus dan memastikan kawalan dan hal-hal keselamatan dilaksanakan sesuai dengan tahap keselamatan Jabatan. Pada masa ini terdapat seramai 66 orang kakitangan diperuntukkan bertugas di Bahagian ini di ketuai oleh seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M54.

Kemaskini: Mei 18, 2018 pada 2:29 pm