info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Permohonan Latihan Industri

Pengumuman

Jabatan Kimia Malaysia menawarkan tempat untuk latihan industri kepada pelajar-pelajar di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) Tempatan / Swasta bagi memenuhi syarat penganugerahan Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda masing-masing.

Bidang latihan yang ditawarkan merangkumi bidang analisis makmal kimia dan biologi (Sila rujuk laman web jabatan ini untuk keterangan lanjut).

Pelajar-pelajar yang berminat untuk menjalani latihan industri di Jabatan ini perlu mengisi borang secara atas talian (on-line) di laman web rasmi Jabatan Kimia Malaysia (www.kimia.gov.my) dan menghantar dokumen-dokumen berikut:

i) Surat rasmi dari pihak universiti
ii) Resume pelajar
iii) Transkrip terkini
iv) Ringkasan pengajian/subjek (menyatakan jam kredit yang perlu dihadiri pelajar untuk latihan industri)

ke alamat:

Pusat Latihan Kimia Malaysia
Jabatan Kimia Malaysia
46661 Petaling Jaya, Selangor
(u/p: Puan Elliza Binti Mat Nor)

atau emelkan kepada ameynorsella@kimia.gov.my

Permohonan Latihan Industri Tahun 2019 dibuka bermula 06 Disember 2018.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:

Puan Nur Aliyah Martinee Binti Shemlie
Tel/Fax: 03-7985 3900/3892
 

Sila baca panduan di bawah sebelum memohon Latihan Industri.

 

Kemaskini: Disember 6, 2018 pada 4:22 pm