info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Program Percaya Sebelum Berjaya

26 November 2018 – Pusat Latihan Kimia Malaysia (PLKM) telah menganjurkan Program Percaya Sebelum Berjaya  bertempat di Dewan Syarahan Forensik Jabatan Kimia Malaysia. Peserta adalah seramai 30 orang yang terdiri di kalangan Pembantu Operasi dan Pemandu Gred N11 dan Gred N14 yang berkhidmat di Ibu Pejabat. Majlis Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Cornelia Charito Siricord, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kimia Malaysia.

Kursus ini dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang faktor-faktor utama mengapa manusia tidak berubah. Para peserta turut diberi panduan dan pelbagai teknik untuk mencipta perubahan yang positif baik dalam kerjaya mahupun kehidupan seharian. Selain itu, program ini juga telah memberi pendedahan kepada para peserta pelbagai kaedah  untuk menangani krisis dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah. Dengan itu, para peserta juga turut memahami betapa pentingnya bertindak ke arah impian yang betul dalam kerjaya dan kehidupan. Program ini juga telah berjaya membuka minda dan suntikan motivasi serta dorongan kepada para peserta agar melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh semangat dan berkualiti.

 

 

 

Kemaskini: November 28, 2018 pada 10:41 am

Tags: