info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Program “Training On Mental Health And Psychosocial Support To Disaster

17 Januari 2019 – Program “TRAINING ON MENTAL HEALTH AND PSYCHOSOCIAL SUPPORT TO DISASTER” anjuran bersama  Pihak JICA dan Pusat Latihan Kimia Malaysia (PLKM) telah berlangsung pada 17 Januari 2019 (Khamis) bertempat di Bilik Seminar PTM, Aras 2, Bangunan Persekutuan, Jabatan Kimia Malaysia. Peserta adalah seramai 41 orang yang terdiri di kalangan Kakitangan Jabatan Kimia Malaysia pelbagai Gred yang berkhidmat di Ibu Pejabat dan Kakitangan MESTECC. Majlis Perasmian Program telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Rahim Bin Shadan, Pengarah Kanan Pusat Analisis INDUSTRI, Jabatan Kimia Malaysia.

Program ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang situasi tekanan yang berlaku akibat bencana alam yang pernah menimpa samada di luar negara mahupun di Malaysia. Para Peserta juga telah diberi pendedahan terhadap langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya mengalami tekanan akibat bencana alam yang berlaku di persekitaran. Peserta juga turut diberi panduan berkaitan cara membantu mangsa bencana alam yang mengalami tekanan dan trauma.

Dengan itu, para peserta diharapkan dapat menggunakan ilmu dan kemahiran mengawal tekanan emosi yang dipelajari, untuk dipraktikkan dalam kehidupan akan datang apabila menghadapi situasi bencana alam yang sukar dijangka.

Kemaskini: Januari 23, 2019 pada 10:16 am

Tags: