info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Program CSR Pencegahan Kebakaran di Maahad Tahfiz Taklim An Nubuwah

2 Ogos 2018 : Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah mengadakan program pencegahan kebakaran di Maahad Tahfiz Taklim An Nubuwah melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunannya. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah taklimat berkenaan teori kebakaran, kaedah memadam api dan asas rawatan kecemasan.

Acara kemuncak ialah demonstrasi dan praktikal memadam kebakaran yang dilakukan sendiri oleh para pelajar. Aktiviti ini dapat membina pengalaman sebenar dan mengukuhkan lagi pemahaman para pelajar. Pengurus Maahad, Ustaz Halim merakamkan setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan kerana telah memilih institusi mereka untuk menjalankan program yang sangat bermanfaat ini.

 

Kemaskini: Ogos 6, 2018 pada 9:34 am

Tags: