info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Persaraan YBhg. Datuk Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia.

2 Julai 2018 : Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih sempena persaraan YBhg. Datuk Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia.

Selepas 37 tahun berbakti, ini merupakan hari persaraan wajib daripada perkhidmatan awam bagi YBhg. Datuk Haji Ismail bin Talib, di Jabatan Kimia Malaysia. Majlis telah diadakan di Dewan Syarahan Foresik, Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia. Majlis telah berlangsung meriah dengan perlbagai aturcara yang telah direncanakan.

Pada hari tersebut juga, sesi lawatan terakhir oleh YBhg. Datuk Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia ke setiap Pusat / Bahagian di Ibu Pejabat, Jabatan Kimia Malaysia juga telah diadakan sebelum sesi clock out beliau pada pukul 5 petang.

Seluruh warga Jabatan Kimia Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk atas sumbangan, jasa, khidmat bakti serta komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di KIMIA Malaysia.

Kami berdoa, semoga YBhg Datuk dilimpahkan rahmat dan peliharaan oleh Allah dan semoga YBhg. Datuk dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan serta berbahagia dunia akhirat.

 
 

 

Kemaskini: Julai 3, 2018 pada 10:41 am

Tags: