info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

JKMN Kedah Di Pameran Jerayawara STEM Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya

06 Ogos 2018 – Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah telah mengadakan pameran di Program Jerayawara STEM anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya yang melibatkan pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima seramai 1600 pelajar. Program ini telah dirasmikan Tn. Hj. Mohd Hafiz Bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah Ko Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Semasa lawatan beliau ke booth Kimia Kedah, beliau merakamkan ucapan terima kasih dan berbesar hati kerana Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah sentiasa memberikan sokongan dengan terlibat dalam kebanyakan pameran untuk mempromosikan sains kepada masyarakat terutamanya pelajar-pelajar sekolah.

Objektif pameran Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah adalah untuk memberi informasi kepada pelajar berkenaan fungsi Jabatan Kimia Malaysia. Sambutan yang diberikan oleh para pelajar sangat menggalakkan. Selain itu, terdapat juga agensi swasta yang terlibat mempromosikan projek berkaitan tenaga solar dan juga kumpulan pelajar sekolah yang mempamerkan hasil inovasi mereka.

Antara staf yang terlibat dalam pameran Lawatan oleh Tn. Hj. Mohd Hafiz
Penerangan oleh Ahli Kimia kepada guru dan pelajar sekolah Penerangan oleh Ahli Kimia kepada guru dan pelajar sekolah

 

Kemaskini: Ogos 9, 2018 pada 12:14 pm