Laman web ini bertujuan untuk memberikan kepada anda sebanyak mungkin maklumat berkaitan dengan semua aspek perkhidmatan saintifik yang disediakan oleh jabatan kami. Adalah menjadi hasrat kami bahawa melalui ketelusan penyebaran maklumat ini, kami akan berjaya memupuk semangat kerjasama yang lebih erat serta menjalin perhubungan yang lebih rapat di antara kami dan pelanggan kami khasnya dan masyarakat umum amnya.
Kami tetap komited untuk memberi perkhidmatan saintifik yang komprehensif, tepat, berkesan, cepat dan berkualiti pada tahap profesionalisme, konfidentialiti, integriti serta objektiviti yang tinggi. Kami akan berusaha memperbaiki prestasi kami melalui interaksi dengan anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai perkhidmatan kami, sila kemukakan kepada kami.
Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web Jabatan Kimia Malaysia.
EN. N. HITHAYA JEEVAN
KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
Dikemaskini Pada Jumaat, 11 September 2009 11:12