Bahasa:
Ahad, 01/08/2010

Capaian Aplikasi

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini362
mod_vvisit_counterSemalam493
mod_vvisit_counterMinggu Ini362
mod_vvisit_counterMinggu Lepas4584
mod_vvisit_counterBulan Ini362
mod_vvisit_counterBulan Lepas16874
mod_vvisit_counterSemua197692

Online (20 minutes ago): 12
IP Anda : 38.107.191.115
,
Sekarang : 2010-08-01 16:33
 

Pautan Lain

 

 
   

Bahagian Pembangunan & Maklumat Teknologi (PMT)

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetak

Bahagian ini mempertingkatkan lagi operasi dan fungsi pelbagai bahagian di Kimia Malaysia melalui  pelaksanaan projek pembangunan, mengurus semua sistem maklumat jabatan dan menyelaras serta menjalankan latihan untuk kakitangan Kimia Malaysia. Aktiviti ini dilaksanakan oleh tiga unit dibawahnya iaitu : 

  • Unit Pembangunan
  • Unit Latihan Teknikal
  • Unit Teknologi Maklumat 

Unit Pembangunan

(1) Perolehan
  • Pentadbiran dan penyelarasan semua projek-projek pembangunan jabatan.
  • Menyediakan dokumen yang menguruskan perolehan secara tender dan sebutharga.
  • Menyediakan dokumen-dokumen kontrak bagi bekalan/ perkhidmatan/ kerja.
  • Penyelarasan, meluluskan dan mengawasi pembelian peralatan termasuk pengendalian pesanan dan pembayaran peralatan yang dibeli berhubung dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Kementerian Kewangan.
(2) Kewangan dan Perakaunan
  • Mengawasi peruntukan projek, perbelanjaan dan kedudukan projek.
(3) Kerja-kerja sivil
  • Menyediakan input teknikal kepada JKR untuk projek infrastruktur.
  • Memberi petunjuk dalam rekabentuk kerja-kerja sivil dan menyelenggara aktiviti pembinaan.
  • Berhubung dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Kerjaraya, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain jabatan kerajaan berkenaan dengan kerja-kerja.
 

 

Unit Latihan Teknikal

Unit ini sentiasa komited dalam merealisasikan misi Kimia Malaysia dengan menyelaras latihan / bengkel / kursus saintifik dan teknikal untuk kakitangan Jabatan.

Latihan / bengkel / kursus yang telah dirancang merangkumi pelbagai disiplin kemahiran dan kepakaran, antaranya adalah :

  • Latihan penggunaan peralatan makmal untuk meningkatkan kemahiran pegawai sains mengendalikan peralatan saintifik.
  • Latihan dan seminar berkaitan peralatan makmal yang dikoordinasi bersama pembekal-pembekal.
  • Latihan / bengkel / kursus / seminar dalam negeri dan luar negara yang dihadiri oleh kakitangan setiap Bahagian.

Unit Teknologi Maklumat

Unit ini bertanggungjawab ke atas semua sistem ICT Jabatan dan antara tugas-tugas unit ini termasuklah :

  • Membantu menyelaras keperluan Sistem Pengurusan Maklumat Makmal (LIMS), LIMS-Sistem Petanyaan Pelanggan, laman web jabatan dan Intranet.
  • Membantu memberikan khidmat nasihat, bantuan teknikal dan latihan kepada pegawai dan pengguna.
  • Menyelenggara Email Jabatan dan rangkaian.
  • Menyediakan dokumentasi serta pengemaskinian “IP Address”.
  • Membantu membuat “back up” bagi eSPKB, Sistem LIMS ke storan pita, Chemwatch, ePEROLEHAN dan Sistem SPWaktu.
  • Membantu menyelaras sistem Hrmis.
  • Membantu ke atas pelupusan peralatan komputer.