Bahasa:
Friday, 28/11/2014

Links

 

MCY2014

MCY2014

 

Polls

Are you satisfied with the information provided in the JKM website?
 

Follow Us

 RSS Feed

 

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday314
mod_vvisit_counterYesterday1067
mod_vvisit_counterThis week4888
mod_vvisit_counterLast week6985
mod_vvisit_counterThis month24995
mod_vvisit_counterLast month24896
mod_vvisit_counterAll1162352

Online (20 minutes ago): 17
Your IP: 54.211.100.183
,
Now is: 2014-11-28 09:06
 

Kursus Orientasi Pegawai Lantikan Baru Jabatan Kimia Malaysia

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

There are no translations available.

Pada 21 hingga 23 Oktober 2013, Seksyen Pembangunan Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Orientasi Pegawai Lantikan Baru Tahun 2013 di Auditorium Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya. Seramai 37 orang pegawai lantikan baru tahun 2012 hingga 2013 daripada pelbagai gred (1—41) telah menghadiri kursus ini.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan mengenai objektif, fungsi dan struktur organisasi Jabatan. Selain dari itu, kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman mengenai peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan  tatatertib), etika berpakaian, pengurusan kewangan serta kemudahan-kemudahan dalam perkhidmatan awam.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Tuan Haji Ismail binti Talib. Dalam ucapan perasmian, beliau memaklumkan kepentingan menyertai kursus ini kerana pegawai akan mendapat pengetahuan serta pendedahan kepada persekitaran kerja di Jabatan serta tanggungjawab sebagai penjawat awam.

 

Pada hari kedua, Tuan Ketua Pengarah, Encik Ahmad Ridzuan bin Ibrahim telah meluangkan masa beliau untuk memberi amanat melalui ucaptama beliau. Berdasarkan penilaian kursus yang dibuat, Pegawai berpuashati kerana telah didedahkan dengan maklumat berkaitan perkhidmatan awam khususnya Jabatan kimia.

 Pendekatan yang digunakan semasa bengkel ini adalah ceramah / kuliah daripada Pengarah-pengarah bahagian dan penceramah jemputan yang arif tentang bidang yang dibincangkan.  

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YM Tengku Muhamad bin Abdullah, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan diiringi oleh Encik Abdul Ghani bin Harun selaku Penyelaras kursus.

Sekalung Penghargaan kepada Para Penceramah

  • Encik Lim Kong Boon
  • Encik Wong Kok Fah
  • Puan Rosnah binti Awang
  • Encik Ng Hock Sing
  • YM Tengku Muhamad bin Tengku Abdullah
  • Puan Rusnah binti Rohani
  • Puan Maimonah binti Sulaiman
  • Encik Mazlan bin Yusof
  • Cik Norasyikin binti Shaikh Ibrahim
  • Puan Nor’ashikin binti Ahmad Chek
  • Puan Shaliza binti Ramli
  • Puan Norhidayah binti Abd Halim
  • Encik Abd Razak bin Abu Samah
  • Cik Mahirah binti Mohammad
  • Encik Azman bin Abd Kadir