Bahasa:
Wednesday, 02/09/2014

Links

Polls

Are you satisfied with the information provided in the JKM website?
 

Follow Us

 

 

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday177
mod_vvisit_counterYesterday1004
mod_vvisit_counterThis week2862
mod_vvisit_counterLast week5912
mod_vvisit_counterThis month2075
mod_vvisit_counterLast month26026
mod_vvisit_counterAll1087118

Online (20 minutes ago): 14
Your IP: 107.22.78.233
,
Now is: 2014-09-03 05:14
 
Berita Terkini
Kimia Malaysia menerima pelawat luar negara PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 26 December 2012 08:46
There are no translations available.

Pada 14 Dis 2012 satu delegasi terdiri dari 27 orang dari EDUFA (Education Facility Disaster Association) Korea telah membuat lawatan untuk mengetahui tentang sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diamalkan di Jabatan Kimia Malaysia.

Last Updated on Wednesday, 26 December 2012 09:02
 
Kursus Bantuan Kecemasan Pasukan Bulan Sabit Merah Jabatan Kimia Malaysia PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 19 December 2012 16:34
There are no translations available.

Pada 12—14 Disember 2012 di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson telah berlangsung Kursus Bantuan Kecemasan Pasukan Bulan Sabit Merah bagi ahli pasukan Jabatan. Pasukan Bulan Sabit Merah Jabatan Kimia Malaysia telah memainkan peranan yang begitu penting dalam memberi bantuan kecemasan kepada staf Jabatan dalam insiden-insiden kecemasan seperti staf pengsan, terjatuh, luka dan sebagainya. Bantuan awal yang diberikan oleh ahli Pasukan ini adalah kritikal sementara menunggu rawatan oleh doktor perubatan di hospital dan klinik yang mengambil masa kerana faktor jarak dan juga kesibukan di hospital.             

Bengkel ini telah dianjurkan oleh Pasukan Bulan Sabit Merah Jabatan dengan kerjasama Seksyen Pembangunan Sumber Manusia. Seramai 44 orang ahli pasukan dan 1 penceramah yang bertauliah dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Selangor telah dijemput khas bagi mengendalikan kursus. 

Bengkel ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan ahli pasukan mengenai prinsip pertolongan cemas, sifat dan fisiologi tubuh manusia, tatacara dan tindakan awal semasa berlaku kemalangan. Selain dari itu, ahli pasukan telah mempelajari tindakan yang betul semasa memberi rawatan kecemasan termasuk menangani mangsa dalam trauma. Semua ahli pasukan telah diterapkan dengan keyakinan diri yang tinggi untuk memberi bantuan kecemasan dan bekerja sebagai satu pasukan yang mantap. 

Pendekatan yang digunakan dalam kursus ini adalah ceramah dan interaktif dimana peserta telah dipilih untuk kajian kes diikuti dengan sesi latihan/praktikal dalam kumpulan dan role-plays bagi memastikan matlamat kursus tercapai.

Last Updated on Wednesday, 19 December 2012 16:37
 
Kursus Khidmat Pelanggan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 12 December 2012 14:04
There are no translations available.

Pada 27—29 November 2012 di Glory Beach Resort, Port Dickson telah berlangsung Kursus Khidmat Pelanggan bagi pegawai yang kerap berurusan secara langsung dengan pelanggan di peringkat barisan hadapan (frontliners) seperti Pegawai Khidmat Pelanggan, Pemandu, Operator Telefon, Pengawal keselamatan, Petugas Kaunter penerimaan sampel dan semua pegawai yang sering berhadapan dengan pelanggan  bagi membantu mereka meningkatkan kecekapan dari segi melayan kehendak pelanggan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Seksyen Pembangunan Sumber Manusia dengan penyertaan seramai 35 orang pegawai dan 1 penceramah yang dijemput khas dari Pusat Latihan, Akademi Integrasi Moden. 

Bengkel ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan kaedah yang berkesan bagi memantapkan mutu perkhidmatan pelanggan, melayan pelanggan di kaunter, membuat dan menjawab panggilan telefon, menangani komen serta kritikan pelanggan. Mereka telah didedahkan dengan gaya penampilan menarik yang dapat memberikan imej positif dan mendapat penerimaan yang tinggi oleh pelanggan. Kemahiran komunikasi yang tinggi juga dapat dimantapkan untuk memudahkan mereka dalam berinteraksi dengan pelanggan luaran atau dalaman. Pendekatan yang  digunakan dalam kursus ini adalah ceramah dan interaktif dimana peserta telah dipilih untuk kajian kes diikuti dengan sesi latihan dalam kumpulan dan role-plays bagi memastikan matlamat kursus tercapai. 

 

Laporan penuh Kursus

 

Gambar sepanjang kursus dijalankan

 

 

Last Updated on Wednesday, 12 December 2012 15:16
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 4 of 23