Laman Web Jabatan Kimia Malaysia menyediakan kemudahan untuk membantu mereka yang memerlukan sedikit ubahsuai kepada kandungan laman ini supaya dapat dibaca dalam keadaan yang terbaik. Ini untuk memenuhi matlamat W3C
Web Accessibility Initiative (WAI) yang mana untuk menjadikan laman web boleh diakses oleh Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian.
Antara kemudahan yang disediakan pada masa ini ialah :
1.
Pengubah saiz tulisan - Ubah saiz tulisan menjadi lebih besar atau menjadi lebih kecil untuk memudahkan bacaan anda. Anda boleh menjumpainya pada penjuru atas-kanan di bawah 'banner', disebelah kotak carian.
2.
Pemilihan warna - Tukar warna tema laman untuk memudahkan bacaan mereka yang mempunyai masalah penglihatan ataupun buta warna. Pilihan terdapat pada penjuru atas 'banner' sebelah kiri, bersebelahan dengan pilihan bahasa.