Seksyen ini bertanggungjawab mengendalikan semua aktiviti dan program yang berkaitan dengan keperluan teknikal bagi sistem kualiti Jabatan. Seksyen ini terdiri daripada dua unit iaitu Unit Penyelidikan & Instrumentasi dan Unit Kalibrasi. Unit Penyelidikan & Instrumentasi Fungsi utama unit ini adalah meningkatkan lagi kemampuan dan keupayaan perkhidmatan analisis yang ditawarkan oleh Jabatan dengan:
- Menjalankan kerja-kerja penyelidikan dalam pembangunan kaedah analisis dan kajian secara kerjasama dengan makmal-makmal lain menggunakan peralatan yang moden dan berteknologi tinggi seperti High Performance Liquid Chromatograph Triple Quadrupole Mass Spectrometer (LC-MS/MS), Capillary Electrophoresis (CE), Gas Chromatograph-Mass Spectrometer (GC-MS) and Gas Chromatograph- Micro Electron Capture Detector (GC-µECD)
- Analisis khusus menggunakan peralatan saintifik terkini
- Trouble- shooting masalah analisis.
Unit Kalibrasi Fungsi utama unit ini adalah merancang dan mengendalikan program-program bagi memenuhi keperluan teknikal standard ISO/IEC 17025 untuk memastikan sistem pengukuran dapat menghasilkan keputusan analisis yang tepat dan boleh dipercayai. - Program Kalibrasi dijalankan untuk peralatan pengukuran seperti oven, chiller, furnace, incubator dan alat timbang untuk semua makmal Jabatan.
 
Hubungi: Ketua Seksyen Pengurusan Sistem Teknikal Tel: +603-79853015 Fax:+603-79853014 |
Dikemaskini Pada Khamis, 18 Ogos 2011 07:49