Bahagian Penyelidikan dan Jaminan Kualiti dipertanggungjawabkan untuk menjalankan penyelidikan dalam pembangunan kaedah analisis kimia menggunakan peralatan canggih merancang dan menyelaras semua aktiviti berkaitan jaminan kualiti makmal di bawah standard ISO 17025 dan sistem pengurusan kualiti di bawah ISO 9001:2000. Terdapat 3 Seksyen di bawah Bahagian ini iaitu: - Seksyen Bahan Rujukan Piawai
- Seksyen Pengurusan Sistem Teknikal
- Seksyen Pengurusan Sistem Kualiti
|
Bahagian Penyelidikan dan Jaminan Kualiti dipertanggungjawabkan untuk :
menjalankan penyelidikan dalam pembangunan kaedah analisis kimia menggunakan peralatan canggih merancang dan menyelaras semua aktiviti berkaitan jaminan kualiti makmal di bawah standard ISO 17025 dan sistem pengurusan kualiti di bawah ISO 9001:2000, di Jabatan Kimia Malaysia.
mengendalikan program ujian kemahiran untuk makmal-makmal pengujian kimia di Malaysia dan termasuk beberapa makmal luar negara.
menguruskan program-program penambahbaikan sistem kualiti Jabatan selaras dengan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) seperti piagam pelanggan, maklumbalas pelanggan dan anugerah kualiti dan inovasi.
menyediakan khidmat perundingan dalam sistem pengurusan kualiti makmal.
Hubungi :
Pengarah,
Bahagian Penyelidikan dan Jaminan Kualiti
Tel: +603-79853010
Faks: +603-79853014
e-mel:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dikemaskini Pada Selasa, 12 Januari 2010 10:08