Bahagian ini mempertingkatkan lagi operasi dan fungsi pelbagai bahagian di Kimia Malaysia melalui pelaksanaan projek pembangunan, mengurus semua sistem maklumat jabatan dan menyelaras serta menjalankan latihan untuk kakitangan Kimia Malaysia. Aktiviti ini dilaksanakan oleh tiga unit dibawahnya iaitu : Unit Pembangunan Unit Latihan Teknikal Unit Teknologi Maklumat
|
Unit Pembangunan
(1) Perolehan Pentadbiran dan penyelarasan semua projek-projek pembangunan jabatan.
Menyediakan dokumen yang menguruskan perolehan secara tender dan sebutharga.
Menyediakan dokumen-dokumen kontrak bagi bekalan/ perkhidmatan/ kerja.
Penyelarasan, meluluskan dan mengawasi pembelian peralatan termasuk pengendalian pesanan dan pembayaran peralatan yang dibeli berhubung dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Kementerian Kewangan.
(2) Kewangan dan Perakaunan - Mengawasi peruntukan projek, perbelanjaan dan kedudukan projek.
(3) Kerja-kerja sivil Menyediakan input teknikal kepada JKR untuk projek infrastruktur.
Memberi petunjuk dalam rekabentuk kerja-kerja sivil dan menyelenggara aktiviti pembinaan.
Berhubung dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Kerjaraya, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain jabatan kerajaan berkenaan dengan kerja-kerja.

Unit Latihan Teknikal
Unit ini sentiasa komited dalam merealisasikan misi Kimia Malaysia dengan menyelaras latihan / bengkel / kursus saintifik dan teknikal untuk kakitangan Jabatan.
Latihan / bengkel / kursus yang telah dirancang merangkumi pelbagai disiplin kemahiran dan kepakaran, antaranya adalah :
Unit Teknologi Maklumat
Unit ini bertanggungjawab ke atas semua sistem ICT Jabatan dan antara tugas-tugas unit ini termasuklah :
Membantu menyelaras keperluan Sistem Pengurusan Maklumat Makmal (LIMS), LIMS-Sistem Petanyaan Pelanggan, laman web jabatan dan Intranet.
Membantu memberikan khidmat nasihat, bantuan teknikal dan latihan kepada pegawai dan pengguna.
Menyelenggara Email Jabatan dan rangkaian.
Menyediakan dokumentasi serta pengemaskinian “IP Address”.
Membantu membuat “back up” bagi eSPKB, Sistem LIMS ke storan pita, Chemwatch, ePEROLEHAN dan Sistem SPWaktu.
Membantu menyelaras sistem Hrmis.
Membantu ke atas pelupusan peralatan komputer.
Dikemaskini Pada Isnin, 02 November 2009 13:44