Bahasa:
Khamis, 09/02/2012

Capaian Aplikasi


Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini487
mod_vvisit_counterSemalam693
mod_vvisit_counterMinggu ini2913
mod_vvisit_counterMinggu Lepas4293
mod_vvisit_counterBulan ini5286
mod_vvisit_counterBulan lepas17871
mod_vvisit_counterSemua507650

Online (20 minutes ago): 24
IP Anda : 38.107.179.244
,
Sekarang : 2012-02-09 14:50
 

Undian Pendapat

Adakah anda berpuashati dengan maklumat yang terdapat dalam laman web JKM
 

Paterniti

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetak

 
Forensik
Serologi / DNA
Garis Panduan
Borang

Ujian Paterniti

Apakah Paterniti DNA?

  • Ujian paterniti bermaksud ujian yang mengesahkan hubungan antara bapa dan anak. Ujian paterniti DNA biasanya dijalankan untuk memastikan atau mengecualikan bapa biologikal seseorang anak.
  • Paterniti adalah ujian yang tepat, cepat serta memerlukan kos yang berpatutan dengan kuasa diskriminasi(atau ketepatan) 99.9999%.  
  • Ujian paterniti DNA boleh dijalankan ke atas individu pada sebarang peringkat umur.

  • Ujian DNA merupakan kaedah yang telah diterima oleh komuniti undang-undang dan sains untuk menentukan identiti seseorang.

 

 

Apakah yang diperlukan untuk Ujian Paterniti DNA?

  • Sekurang-kurangnya 2ml sampel darah atau swab mulut (2 sampel dari setiap individu).

  • Sampel darah mestilah disimpan dalam tiub EDTA. Sampel-sampel mestilah dilabel dengan jelas dengan menyatakan nama/nombor dan tarikh sampel diambil.

  • Semua sampel yang diserah untuk analisis mestilah disertakan dengan surat permohonan ujian paterniti dan bayaran untuk analisis. 
     
  • Sampel mesti dihantar menggunakan syarikat penghantar (‘courier’) atau diserahkan dengan segera ke Kimia Malaysia.

Berapakah Kos yang Diperlukan?
  • Kos untuk setiap ujian paterniti adalah RM 1500 untuk dua sampel dan RM 200 untuk setiap sampel tambahan.
  • Bayaran penuh harus dibuat semasa penyerahan sampel dengan menggunakan cek berpalang/draf bank/kiriman wang kepada “Ketua Pengarah Kimia Malaysia”.

 

 

Ujian DNA yang Berkaitan:

  • UJIAN MATERNITI
    Ujian DNA dapat memberi kesimpulan berkaitan dengan ibu.
  • UJIAN PENENTUAN KETURUNAN
    Menentukan samada seseorang itu adalah datuk/nenek sebenar kepada seseorang
    kanak-kanak.
  • UJIAN HUBUNGAN ADIK-BERADIK
    Menentukan perhubungan antara adik-beradik.
  • PENGENALPASTIAN IDENTITI
    Menentukan identiti seseorang individu/mayat (yang tidak dikenalpasti).