| Forensik |
| Serologi / DNA |
Pemprofilan DNA Kimia Malaysia - Menyediakan perkhidmatan ujian pemprofilan DNA kepada agensi-agensi kerajaan dan individu persendirian.
- Satu-satunya makmal analisis DNA forensik di Malaysia yang berkecuali dan diakreditasikan kepada ASCLD/LAB.
- Mengamalkan standard jaminan kualiti yang tinggi dan mengekalkan rantaian pergerakan ekshibit yang ketat.
|
Apakah DNA? - DNA ialah singkatan bagi Deoxyribonucleic acid atau asid deoksiribonukliek.
- Semua sel dalam badan mengandungi DNA kecuali sel darah merah.
- DNA adalah bahan genetik asas yang terkandung dalam badan bagi setiap individu dimana separuh dari ciri DNA diwarisi daripada ibu kandung dan separuh daripada bapa kandung.
- Setiap individu mempunyai corak DNA yang unik kecuali pasangan kembar seiras
|
Sampel untuk Ujian DNA: Sampel biologi yang sesuai untuk ujian DNA adalah: - Darah dan kesan darah.
- Tulang dan organ.
- Rambut
- Putung rokok
- Tisu badan
- Swab mulut
- Air mani dan kesan airmani.
Bahan-bahan biologi lain seperti air liur, air kencing, dan peluh boleh juga dianalisis sekiranya mempunyai DNA yang mencukupi. Oleh kerana DNA adalah bahan biologi, ia akan mudah terurai atau rosak jika sumber-sumber tersebut terdedah kepada haba, kelembapan dan bakteria. Oleh itu, tidak semua bukti DNA memberikan profil DNA yang baik. Fungsi Pemprofilan DNA Pemprofilan DNA digunakan secara meluas sebagai salah satu kaedah untuk menyelesaikan kes jenayah seperti: - Bunuh
- Rogol/Gangguan seksual
- Pengecaman mayat
- Kes buang bayi
- Pergaduhan
- Kecurian, rompakan, culik, peras ugut dan pengedaran dadah.
Selain itu, pemprofilan DNA juga mampu menyelesaikan masalah penentuan hubungan kekeluargaan seperti paterniti, materniti, adik-beradik dan isu-isu imigresen. Kemudahan Pemprofilan DNA Analisis DNA forensik terdapat di Ibu Pejabat Kimia Malaysia di Petaling Jaya, Selangor dan Makmal Cawangan di Kuching Sarawak Kepakaran Kimia Malaysia dalam bidang Pemprofilan DNA: · Ujian DNA nukleus menggunakan teknik tindakbalas rantaian polimerase(PCR)-ulangan berterusan pendek(STR) - Teknik yang mempunyai tahap diskriminasi yang tinggi. · Analisa Kromosom-Y - Teknik pengecaman identiti khusus untuk individu lelaki sahaja dan digunakan untuk penentuan hubungan antara bapa kandung dan anak. · Analisa DNA Mitokondria (mtDNA) – Teknik yang digunakan untuk menyelesaikan kes-kes yang melibatkan sampel yang rosak teruk seperti tulang dan rambut. Oleh kerana DNA mitokondria (mtDNA) diwarisi daripada ibu kepada anak, ianya sangat berguna untuk ujian penentuan hubungan antara ibu kandung dan anak. |
Dikemaskini Pada Isnin, 14 September 2009 13:38