Bahasa:
Jumaat, 31/10/2014

Capaian Aplikasi

      RSS FeedSistem Pengurusan Informasi Makmal

Undian Pendapat

Adakah anda berpuashati dengan maklumat yang terdapat dalam laman web JKM
 

Ikuti Kami

 

 

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini707
mod_vvisit_counterSemalam931
mod_vvisit_counterMinggu ini5288
mod_vvisit_counterMinggu Lepas5302
mod_vvisit_counterBulan ini25666
mod_vvisit_counterBulan lepas27270
mod_vvisit_counterSemua1137192

Online (20 minutes ago): 10
Your IP: 54.81.163.254
,
Sekarang : 2014-10-31 18:22
 

Forensik

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetak

 Pengenalan
 Organisasi
 ASCLD / LAB
 Hubungi Kami

Antara perkhidmatan ini termasuklah:

 i)

Narkotik

 

Identifikasi dan analisis dadah-dadah berbahaya seperti heroin, kanabis, candu, dadah psikotropik dan juga ATS (“amphetamine typestimulants”).

 ii)

Serologi / DNA

 

Pemeriksaan serologi dan pemprofilan DNA.

 iii)

Kriminalistik

 

Analisis bahan bukti surihan, pemeriksaan kenderaan, identifikasi CD cetak rompak,  identifikasi senjatapi dan penyiasatan kebakaran.

 iv)

Toksikologi 

 

Kes-kes keracunan manusia dan haiwan, analisis alkohol dalam darah dan air kencing, dan juga analisis dadah dalam cecair badan.

  v)

Pemeriksaan dokumen yang dipertikaikan

 

Pemeriksaan tulisan tangan, tandatangan dan proses pencetakan, serta analisis kertas dan dakwat. 

 

Kesemua ujian dan analisis ini dijalankan di Ibupejabat dan juga Makmal Cawangan Kimia Malaysia, kecuali

a) Analisis pemprofilan DNA yang hanya ditawarkan di Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya, di Makmal Cawangan Kuching, Sarawak dan semenjak 1hb Julai 2009 di makmal cawangan Pulau Pinang.

 

b) Pemeriksaan Dokumen yang dipertikaikan pula dijalankan di Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya dan semenjak 1hb April 2009 di makmal Cawangan Kota Kinabalu, Sabah.

 

Bahagian Forensik juga menawarkan perkhidmatan sokongan termasuklah keterangan saksi pakar, kuliah dan latihan praktikal kepada: 

  • Agensi perundangan dan kehakiman
  • Pejabat Peguam Negara
  • Pelatih dibawah program latihan UNODC
  • Pelajar kursus ijazah muda dan sarjana sains forensik

Objektif Bahagian Forensik

  • Menjalankan dan memastikan operasi makmal sentiasa selaras dengan kaedah sains yang terbaik yang sedia ada.
  • Memastikan semua pemeriksaan dan analisis adalah tepat dari segi teknikal. Ini merangkumi bukan sahaja kerja-kerja makmal malah juga laporan yang ditulis, penyiasatan di tempat kejadian dan keterangan di mahkamah.

Carta Organisasi Bahagian Forensik di Ibupejabat Kimia Malaysia, Petaling Jaya

Peralatan dan Kemudahan yang Terdapat di Kimia Malaysia.

Kimia Malaysia menggunakan peralatan saintifik dan teknik-teknik terkini untuk memastikan analisis bahan kes yang tepat dan jitu. Peralatan yang terdapat di Kimia Malaysia termasuklah:

·         “Integrated Multi-Function Document Examination System” yang merangkumi “video spectral comparison and Raman Spectrometer”.

·         Enzyme Linked Immunosorbent Assay (ELISA) untuk pemeriksaan dadah berbahaya.

·         Kromatografi Gas yang mempunyai detector-detektor yang spesifik dan sensitif.

·         Sistem “Remedi HS Profiling” untuk penyaringan dadah dalam air kencing.

·        “High Performance Liquid Chromatographs” (HPLC) dengan “photodiode array
         detector”.

·         Kromatografi Gas dengan “mass selective detectors” (GCMS).

·         CO-oksimeter untuk analisis kandungan karbon monoksida dalam darah.

·         Mikroskop “Fourier Transform Infra-Red” (FTIR).

·         “Automated High Power Microscope” untuk pemeriksaan cakera padat cetak rompak.

·         Genetic Analyzer untuk analisis DNA.

 

Akreditasi kepada “American Society of Crime Laboratory Directors/ Laboratory Accreditation Board” (ASCLD-LAB)

 

Bahagian Forensik Kimia Malaysia telah diakreditasi kepada ASCLD-LAB ® (“American Society of Crime Laboratory Directors/Laboratory Accreditation Board”) sejak 19 Oktober 2005. Bahagian ini telah diakreditasi dan diiktiraf dalam bidang “Controlled Substances, Toxicology, Biology (Serology and DNA), Firearms/Toolmarks and Questioned Documents”.

Kimia Malaysia berbangga untuk menjadi makmal kesepuluh diluar Amerika Syarikat untuk mendapat pengiktirafan persijilan ASCLD-LAB, kerana pencapaian ini menunjukkan bahawa perkhidmatan sains forensik yang ditawarkan oleh Kimia Malaysia telah memenuhi syarat-syarat akreditasi ASCLD-LAB dan merupakan makmal yang setanding dengan makmal-makmal forensik antarabangsa.

Layari laman web ASCLD/LAB di: http://www.ascld-lab.org kembali ke atas
 

 

Kimia Malaysia di Berita Tempatan

 

  

Pada tahun 2005, makmal-makmal forensik Kimia Malaysia telah mengendalikan banyak kes yang telah dihantar untuk analisis, terutamanya daripada Polis DiRaja Malaysia. Kes-kes yang diterima termasuklah beberapa kes profil tinggi yang telah menerima liputan media yang meluas dan telah mendapat perhatian masyarakat di Malaysia.

Prosedur untuk Mendapatkan Salinan Laporan Ahli Kimia Malaysia yang Disahkan Benar. 

*Klik disini untuk muat turun prosedur tersebut

Hubungi:

Pengarah Bahagian Forensik
Tel:+603-7985 3871
Fax: +603-7958 1173 
  

kembali ke atas