Capaian Aplikasi




Ujian Kemahiran Analisis Jabatan Kimia Malaysia (JKM)

Ujian Kemahiran Analisis telah menjadi elemen jaminan kualiti yang semakin penting dalam operasi sesebuah makmal pengujian kimia. Jabatan Kimia Malaysia menyediakan perkhidmatan Ujian Kemahiran Analisis yang merangkumi bidang analisis air, alam sekitar dan makanan untuk makmal-makmal dalam Malaysia dan juga termasuk beberapa negara luar.

Program Ujian Kemahiran Analisis JKM dikendalikan oleh Bahagian Penyelidikan dan Jaminan Kualiti dengan input penasihat-penasihat teknikal dari makmal-makmal Jabatan Kimia Malaysia.

Kebiasaan Proses Ujian Kemahiran Analisis

Setiap makmal peserta dibekalkan dengan satu set sampel berserta dengan panduan/ arahan, borang keputusan dan borang jawapan penerimaan. Makmal peserta dikehendaki menjalankan analisis/ ujian mengikut kaedah yang biasanya dijalankan di makmal berkenaan dan semua keputusan hendaklah dikemukakan ke alamat yang dinyatakan dengan melengkapkan borang keputusan yang dilampirkan.

JKM akan menilai data secara ‘robust statistics’ dan membuat perbandingan keputusan dari setiap makmal dengan keputusan ‘consensus’ dari semua makmal.

Setiap peserta diberikan nombor kod sulit dan prestasi makmal dalam laporan adalah merujuk kepada nombor kod ini. Nombor kod ini hanya diketahui oleh makmal berkenaan dan beberapa kakitangan yang menguruskan Program Ujian Kemahiran Analisis JKM. Bagi makmal-makmal di Malaysia yang telah mendapat akreditasi SAMM/ ISO 17025, prestasi mereka akan dimaklumkan kepada badan akreditasi iaitu Jabatan Standard Malaysia jika diminta.

Nota:

  1. Makmal peserta dikehendaki mengembalikan borang jawapan penerimaan melalui faks sebaik sahaja sampel diterima. Ini adalah bagi memastikan supaya peserta menerima sampel dalam keadan baik dan dalam masa yang ditetapkan.
  2. Keputusan dilaporkan dalam unit seperti dalam panduan/ arahan dan borang keputusan.
  3. Keputusan perlu dihantar dalam tempoh yang ditetapkan.
  4. Laporan awal akan dikeluarkan dua (2) bulan selepas sampel dihantar.

Makmal-makmal yang ingin menyertai Program Ujian Kemahiran Analisis ini, perlu melengkapkan borang permohonan dan hantarkan kepada alamat yang tertera padanya. Sebarang pertanyaan bolehlah ditujukan kepada pegawai-pegawai berikut:

Pn. Nor Azian Abu Samah / Pn. Wan Zalina Wan Faizal

Tel: 603-79853163/ 3168
ATAU
Faks: 603-79853014
E-mel: azian@kimia.gov.my / proftest@kimia.gov.my

 

 
Penafian :
Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kimia Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa
kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari
laman web ini .
Hakcipta 2007 © Bahagian Pembangunan Maklumat Dan Teknologi, Jabatan Kimia Malaysia
Sesuai dengan paparan 1024 x 768 pixel menggunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox.